Kembara Taqwa Mekah : 2015
Monday, 9 December 2013
SAHABAT KEMBARA
PENGISIAN KEMBARA
Kembara Taqwa KL-Makkah 2015 merupakan satu pengembaraan Rohani yang sarat dengan pengisian kejiwaan dan cabaran cabaran fizikal yang menagih erti sebuah pengorbanan setiap peserta kembara. Aspek-aspek pemantapan rohani dan nilai nilai murni sentiasa diterapkan di dalam setiap aktiviti yang telah disusun sebelum , semasa dan selepas kembara samata –mata di atas landasan TAQWA.Sunday, 8 December 2013
Gabungan Sahabat Sepintas lalu
Friday, 27 September 2013
Temui GSV di karnival mahabbah ikim.fm di Melaka
Gallery. https://picasaweb.google.com/104615111636180478735/20130927KarnivalMahabbahIkimMlk?authkey=Gv1sRgCJ_EoLfsxYviMA
Sunday, 28 July 2013
Menggarap dan berkongsi visi & misi
Saturday, 27 July 2013
Ukhwah dirintis, kembara bermula.
Assalamualaikum wbt.
Cuba kita fikirkan, jika pembangun whatsapp adalah muslim, besarlah jasa dan kebaikan yang mereka perolehi kerana membina platform atau alat untuk berdakwah. Alat tidak bernyawa tetapi hambaNya mempunyai fikiran untuk menentukan baik buruk kegunaan sesuatu alat.
Dalam dunia serba canggih dan pantas, dunia semakin kecil. Yang jauh semakin dekat. Yang kenal semakin rapat tidak pernah bertemu menjalin silaturrahim. Akhirmya menjadi sahabat. Whatssup menjadi medium berkongsi dan berbincang. Dari isu semasa, masalah diri, masalah kerja serta masalah dunia. Tidak lupa menjadi tempat luahan rasa, tempat berniaga serta gurau senda.
Semua yang ada adalah manusia biasa, bukannya Nabi atau para rasul . Hanya Rasulullah s.a.w. yang maksum. Tersilap kata, terlanjur bahasa, silap yang terang dan tak tersirat, pohon maaf dihulur segera, teguran sentiasa disusun kata. Ukhwah dibina dengan niat yg tulus, kata bicara beri makna. Dari perbincangan di maya kedai kopi membawa ke lantai persahabatan. Hasrat hati dibincang dan di garap. Dari beberapa ke belasan jiwa.
Selama bicara usul di beri dan akhirnya di persetujui supaya jalinan ukhwah yang dibina menjadi realiti. GABUNGAN SAHABAT akhirnya dibina menjadi platform penggerak hasrat dan niat suci murni yang terbit dihati. Ya Allah, ya Tuhanku. Kami memanjatkan doa supaya niat dan hasrat kami diperkenan dan tetapkanlah kami di jalan yang lurus seperti orang-orang beriman dan bukan di jalan orang yang Engkau tidak sukai. Ameen, ya Allah.


