Monday 9 December 2013

SAHABAT KEMBARA




Hidup itu pengembaraan, Suatu perjalanan yang pernah seketika bermula dan berakhir di satu penghujung lalu bermulalah satu kehidupan yang abadi.Bermusafir berkelana di bumi Allah mencari satu jawapan yang pasti, bermujahadah, satu penyerahan jiwa raga, mengharap keredaannya berpaksikan satu pergantungan mutlak terhadap rahmat Allah. Semangkin kuat jiwa ini di uji semangkin kental pertautan kasih dan cinta tarhadap mu Allah.RealMind.

PENGISIAN KEMBARA

Kembara Taqwa KL-Makkah 2015 merupakan satu pengembaraan Rohani yang sarat dengan pengisian kejiwaan dan cabaran cabaran fizikal yang menagih erti sebuah pengorbanan setiap peserta kembara. Aspek-aspek pemantapan rohani dan nilai nilai murni sentiasa diterapkan di dalam setiap aktiviti yang telah disusun sebelum , semasa dan selepas  kembara samata –mata di atas landasan TAQWA.
Tema kemanusian dan Keamanan dipilih memandangkan ianya merupakan satu isu besar yang sedang hangat dibicarakan di peringkat  antarabangsa dewasa ini. Perkembangan ini dilihat mampu menjadi satu tapak kukuh untuk diabadikan sebagai satu wadah perjuangan kemanusiaan dan keamanan yang  hakiki. Insyallah. Didoakan semoga semua sahabat mencapai ketinggian taqwa dan menjiwai setiap inci perjuangan ini dengan penuh istiqamah serta tawwaduq.




Sunday 8 December 2013

Gabungan Sahabat Sepintas lalu





 
Gabungan Sahabat Ventures ( GSV ) merupakan sebuah  gabungan sahabat –sahabat yang mempunyai aspirasi serta matlamat yang jelas , berukhwah  diatas landasan TAQWA .Matlamat yang jelas ini didokong dan sentiasa dibajai dengan nilai nilai murni yang sentiasa diterapkan dari masa ke semasa seperti semangat jemaah yang utuh, redha , meletakkan Al Quran dan Sunnah didalam mencari pedoman hidup.Semangat sahabat sentiasa dititik beratkan didalam apa jua keadaan kerana mencapai nilai ketaqwaan dan keredhaan Allah itu paling utama. Asas utama aktiviti GSV adalah pengembaraan bermotor . Selain pengisisn  rohani GSV juga menekankan perjuangan hak hak kemanusiaan dan keamanan sebagai matlamat didalam beriadah.Setiap individu sahabat didalam GSV mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan demi agamanya, masyarakat dan negara. Akhir kalam GSV mengharapkan nilai nilai yang murni dan hati yang benar benar bersih  mampu dilahirkan didalam kita mengejar kejayaan di Akhirat, supaya kelak kita tidak dibangkitkan bersama golongan hambanya yang rugi , seiring dengan tuntutan duniawi yang turut diperjuangan demi kesinambungan sebuah pengembaraan hidup.

Friday 27 September 2013

Temui GSV di karnival mahabbah ikim.fm di Melaka

27,September,Melaka. Pihak GSV telah membuka kaunter jualan di karnival mahabbah ikim.fm berhadapan Pusat Islam Melaka dan Masjid Al-Azim. temui kami di kaunter Gabungan Sahabat Ventures no 46. Antara barangan jualan yang boleh didapati adalah stiker , t-shirt  Kembara, Rabia, Palestin, Senyum dan produk baru kami iaitu beg kembara dengan harga pakej RM 50. Jom sahabat-sahabat GSV untuk bersama-sama memeriahkan karnival ini.



Gallery. https://picasaweb.google.com/104615111636180478735/20130927KarnivalMahabbahIkimMlk?authkey=Gv1sRgCJ_EoLfsxYviMA











Tuesday 24 September 2013

GSV Mengorak Langkah bersama IRM


21 Sept 2013, Shah Alam. Gabungan Sahabat Ventures (GSV) telah mengorak langkah seterusnya dengan menandatangani Memorandun Persefahaman dengan pihak Islamic Relief Malaysia (IRM). Dengan persefahaman  yang di meterai ini membolehkan pihak GSV bergiat lebih aktif menambah aktiviti kalendar tahunan di dalam aktiviti kemanusiaan bersama-sama IRM yang berpengalaman luas dan mempunyai jaringan di seluruh dunia.

Pihak GSV di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Tuan Norazlan Bujang manakala pihak IRM di wakili oleh Country Director iaitu Tuan Zairulshahfuddin b. Zainal Abidin bagi menandatangani dokumen MOU tersebut yang di adakan di Intekma Resort & Convention Centre di Shah Alam.

Tuan Hj Rahim Amat, selaku Ketua Ekspedisi Samudra Vespa 1Malaysia ke Makkah 2013, memberikan ucapan serta perkongsian beliau.




Majis itu juga di hadiri oleh kelab motorsikal dan juga perseorangan dari pelusuk semenanjung. Antara kelab yang hadir memberikan sokongan adalah dari ; 
  • Superbikes Associates of Malaysia
  • Kedah Bikers, 
  • Vespa Samudra Melaka, 
  • Ikhlas Bikers, 
  • Kijang Bikers, 
  • Al Rajhi Bikers, 
  • Ukhwah Riders Community,
  • MyIkram Bikers serta 
  • Alternative Riding Club.



Selain itu majils turut di iringi oleh doa, salawat serta persembahan nasyid oleh adik-adik yang berbakat dari Madrasah Lil-Banin dari Bukit Changgang, Banting di mana mudir sekolah tahfiz tersebut juga adalah ahli GSV sendiri iaitu Tuan Haji Ramli. 

Pihak GSV mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan majlis ini dan juga di atas mesej-mesej sokongan yang telah diberikan  kelab-kelab yang tidak dapat hadir seperti Pilot One Biker Club, Kelab Skuter Malaysia dan Goldwing Owners Association Malaysia. Semoga cebisan kata-kata sokongan akan merapatkan ukhwah sesama kelab dan bikers serta bersama-sama menuju kegemilangan dengan penuh ketaqwaan. Ameen.

~Admin-H~

Sunday 28 July 2013

Menggarap dan berkongsi visi & misi

Detik pertemuan diatur untuk berkenalan dan bertemu mata. Idea digarap dan dicerita. Lakaran niaga direka untuk dikongsi bersama bersama Gabungan Sahabat.
Gabungan Sahabat bermesyuarat untuk kali pertama di Setiawangsa. 

Semua garis perancangan dibentang, ruang niaga dan kerjasama dilontar untuk dikerjakan dengan persetujuan supaya mencapai matlamat dan hasrat. Akhir kata Kembara Taqwa Mekah : 2015 adalah hasrat harus direalisasi.Berkongsi hasrat yang sama untuk ke Mekah tetapi bukanlah sekadar berjalan bersahaja. Idea dibentang visi dan misi dikongsi.

Bermotor ke Mekah bukan saje-saje. Tetapi menuntut pengorbanan harta dan jiwa demi mencapai ketaqwaan di dalam diri untuk dibawa bersama untuk ke bumi suci Mekah untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah s.w.t dengan rasa rendah diri selayaknya sebagai hambaNya.

https://picasaweb.google.com/104615111636180478735/011stMeeting?authkey=Gv1sRgCPC6-4LAu-f5dA

Saturday 27 July 2013

Ukhwah dirintis, kembara bermula.

Assalamualaikum wbt.

Cuba kita fikirkan, jika pembangun whatsapp adalah  muslim, besarlah jasa dan kebaikan yang mereka perolehi kerana membina platform atau alat untuk berdakwah. Alat tidak bernyawa tetapi hambaNya mempunyai fikiran untuk menentukan baik buruk kegunaan sesuatu alat.

Dalam dunia serba canggih dan pantas, dunia semakin kecil. Yang jauh semakin dekat. Yang kenal semakin rapat tidak pernah bertemu menjalin silaturrahim. Akhirmya menjadi sahabat. Whatssup menjadi medium berkongsi dan berbincang. Dari isu semasa, masalah diri, masalah kerja serta masalah dunia. Tidak lupa menjadi tempat luahan rasa, tempat berniaga serta gurau senda.

Semua yang ada adalah manusia biasa, bukannya Nabi atau para rasul . Hanya Rasulullah s.a.w. yang maksum. Tersilap kata, terlanjur bahasa, silap yang terang dan tak tersirat,  pohon maaf dihulur segera, teguran sentiasa disusun kata. Ukhwah dibina dengan niat yg tulus, kata bicara beri makna. Dari perbincangan di maya kedai kopi membawa ke lantai persahabatan. Hasrat hati dibincang dan di garap. Dari beberapa ke belasan jiwa.

Selama   bicara usul di beri dan akhirnya di persetujui supaya jalinan ukhwah yang dibina menjadi realiti. GABUNGAN SAHABAT  akhirnya dibina menjadi platform penggerak hasrat dan niat suci murni yang terbit dihati. Ya Allah, ya Tuhanku. Kami memanjatkan doa supaya niat dan hasrat kami diperkenan dan tetapkanlah kami di jalan yang lurus seperti orang-orang beriman dan bukan di jalan orang yang Engkau tidak sukai. Ameen, ya Allah.